السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

اللَهــــم صَــــلّ علَى ســيّدنا مُحمَّــــــد و علَى آل ســـيّدنا مُحمَّــــــدْ



Welcome to my Blogger ♥M@Rtopo MemOrieS♥

My Besday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Ramalan Nama ▬♥ NOOR AZLINDA ♥▬

N: sulit jatuh cinta. O: mempunyai kepribadian yg paling O: mempunyai kepribadian yg paling R: jago di ranjang. A: hot! Z: bisa membawa suasana menjadi cair write down your name and the meaning,or else you will lose someone you loved few minutes later L: benar2 pencium yg handal. I: suka senyum dan selalu tampil bahagia. N: sulit jatuh cinta. D: suka menendang pantat org. A: hot! hahahahahaha

Rahsia Tarikh Lahir ♥ 7-Nov ♥

NOVEMBER • banyak idea dalam sesuatu perkara • perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-rubah • otak dan pemikiran yang sangat tajam • cara berfikir lain dari orang lain • berfikiran kehadapan, unik dan bijak • banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra • penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa • sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya • sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia • amanah, jujur, setia dan pandai berahsia • daya firasat sangat halus dan tinggi • bagus sebagai doktor • cermat dan teliti • personality dinamik • tidak hargai pujian • bercita-cita tinggi • terlalu degil dan keras hati • apabila hendak akan diusahakan sehingga berjaya • sangat rajin dan berkemampuan tinggi • kekuatan semangat dan daya juang yang tinggi kepada sesuatu kehendak • pandai mendorong diri sendiri • berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran • mudah ambil berat terhadap orang lain • tak suka marah kecuali tergugat • pandai muhasabah diri • romantik • tidak pasti dengan imbangan kasih sayang • suka duduk di rumah • tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi

Makna Cinta Dari Nama

N : ..pemberi ciuman yang bagus juga O : ..mempunyai personaliti yang bagus O : ..mempunyai personaliti yang bagus R : ..seorang yang lucu A : ..seorang yang gila-gila Z : ..memiliki fikiran yang luas L : ..pemberi ciuman yang bagus I : ..manis dan romatis N : ..pemberi ciuman yang bagus juga D : ..kekasih yang terbaik pernah dimiliki oleh siapapun A : ..seorang yang gila-gila

Monday, May 7, 2012

Rahsia Jodoh: 13 Pesanan Untuk Bakal-Bakal Isteri



Kali ini adalah 13 pesanan untuk bakal-bakal isteri dan juga kepada kaum wanita yang sudah bergelar isteri, kata-kata asihat yang dipetik daripada buku Rahsia di Sebalik Perkahwinan yang disusun oleh Ustaz Abdul Raof Dalip. Perkahwinan adalah perkongsian sebuah pelayaran hidup bersama pasangan yang di cintai, maka sebaiknya berusahalah mengekalkan haluan bahtera sebagaimana yang diharapkan.

Pesanan Untuk Isteri:

1. Hendaklah isteri ingat bahawa dirinya (perempuan) itu dijadikan oleh Tuhan Yang Maha Bijaksana untuk lelaki. Lelaki dijadikan menguasai perempuan dan menjadi pemimpin baginya. Oleh itu tidak patut bagi seorang perempuan berfikiran atau bercita-cita hendak menguasai dan menundukkan suami dalam segala hal.

2. Hendaklah ia bekerja dan berusaha dengan seberapa daya untuk menambat dan menggembirakan hati suami supaya suami cinta dan sayang kepadanya dengan berkekalan. Setengah ikhtiar itu ialah: Manis muka, Halus perkataan, Bersolek setiap hari dan waktu dan Bersikap manja di hadapannya.

3. Isteri hendaklah memerhatikan tabiat suami tiap-tiap hari tentang kesukaan dan kebenciannya. Apa-apa kesukaannya disempurnakan oleh isteri dan apaapa kebencian ditinggalkan.

4. Jangan banyakkan permintaan atau memberati suami dalam perkara yang tidak dapat menyempurnakannya apatah lagi jika ia tidak mampu kerana perbuatan demikian merunsingkan suami.

5. Jangan sekali-kali meninggalkan rumah tanpa izin suami atau melanggar perkara yang tiada gemar dan jangan pula suka membantah jika disuruh. Apabila disuruh eloklah dilaksanakan.

6. Isteri hendaklah sentiasa ada di rumah ketika suami pulang dari kerja, melainkan kerana terpaksa atau ada hajat besar dan bila-bila suami batik hendaklah disambut dengan balk dan bersolek pula.

7. Janganlah pergi mendapatkan bomoh, pawang, tukang sihir atau tukang tilik untuk memperlihatkan hal suami atau menambat hatinya. Ini semua berdosa serta membuang wang dan membazir.

8. Jangan suka menceritakan kecantikkan perempuan lain atau memuji-muji anak isteri orang lain di hadapan suami apatah lagi memburuk-burukkan mereka kerana memuji perempuan lain itu mungkin membukakan pintu nafsu suaminya kepada perempuan lain. Manakala mengeji atau memburukkannya pula dikhuatiri kalau-kalau perempuan itu kerabat suami.

9. Hendaklah cermat dalam perbelanjaan hari-hari. Umpamanya jika diberi belanja untuk seminggu, janganlah habiskan kesemuanya. Bahkan hendaklah disimpan sedikit. Wang simpanan itu jangan pula dibelanjakan untuk perkara yang tidak penting bahkan untuk persiapan atau persediaan apabila datang kesusahan kerana barang siapa bercermat akan terselamat daripada kepapaan.

10. Jangan suka berhutang. Jika terpaksa sebaik-baik beritahu suami dan hutang itu ialah kerana muslihat rumahtangga dan bukan muslihat diri sendiri.

11. Jangan ceritakan perbelanjaan harian sama ada banyak atau sedikit kepada orang lain.

12. Hendaklah makan minum untuk suami sama ada di sebelah pagi, tengah hari dan malam disediakan pada waktunya. Jangan sampai diminta atau disuruh, supaya tidak tergendala pekerjaan suami.

13. Hendaklah suami dan isteri menjaga kesihatan dengan seboleh-bolehnya dengan melakukan senaman dan jaga makanan dan minuman, jaga kebersihan dan jaga perasaan yang tenteram.
Jika semua nasihat itu disempurnakan oleh para suami dan isteri, insyaAllah rumahtangga dan pergaulan suami isteri akan berada di dalam aman dan bahagia. Wallahu a’lam.

No comments:

Post a Comment